August 30th, 2005 by ainjoe
Hari ni 30hb Ogos, lagi beberapa minit kita akan menyambut hari kemerdekaan kita yang ke-48. Disaat kengkawan aku bergembira di hadapan Tangga Besar,UIAM,aku terpaksa memerukkan diri di studio. Bukan taknak celebrate, in fact aku pun turut sama2 dgn diorang tadi. Bersorak dan menanti jam 12 am. Tapi aku memang dah tak tahan. Demam aku ni semakin teruk. Memang sedih sesangat sbb tak dapat count down ngan diorang (Moon, Kak Akin, Arina, Yang dan Adira), tapi aku dah tak boleh menahan lagi kepanasan badan dan kepeningan kepala aku ni. Aku tak nak demam..Khamis ni nak pegi Langkawi…huhuhu..!
Sempena Hari Kemerdekaan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Bersama2lah kita menghargai erti kemerdekaan ini kerana bukan sesuatu yang mudah utk orang2 tua kita berjuang dan berkorban utk mencapai kemerdekaan.
Dan semoga aku cepat2 kebah dari demam….!!!!!
Posted in Uncategorized | No Comments »
August 13th, 2005 by ainjoe
Macam tajuk filem plak blog aku kali ni. Tapi itulah ungkapan yang paling sesuai utk melambangkan hari minggu aku kali ni. Semalam hari Sabtu,aku pegi SIRIM,Shah Alam tengok final debat FOMCA. Tapi takdir Allah menentukan segalanya..kami kalah di tangan UTM.Takpelah..takde rezeki.Kalau asyik menang je..nanti lupa diri plak.Tul tak? Erm..no komen…
Weekend ni aku asyik membaca je.Hari Selasa aku ada mid term,hari Rabu aku ada quiz,hri Khamis aku ada presentation dan hari Jumaat plak aku ada group assignment yang perlu dibuat.Itu utk jadual minggu depan.Nanti aku akan bagitau jadual seterusnya plak. Memang full.Macam artis la plak! Penat, tension dan menakutkan. Yelah,kalau tak score anti pointer jatuh.
Okaylah,aku nak balik bilik. Sambung baca utk subjek Physiology plak.Peninggggggggggg…….
Posted in Uncategorized | No Comments »
August 3rd, 2005 by ainjoe
Happy birthday to me. Happy birtheday to me.Happy birthday to myself.Happy birthday to me…………!!!!
Hari ni birthday aku.Dah 21 tahun dah.Hari ni takde buat apa2 yang menarik.Paling ‘best’ aku tak pergi semua kelas hari ni. Aku pun tak merancang nak buat apa2 hari ni.Petang ni nak tidur jap.Ngantuk gila.Malam ni kena buat homework Test & Measurement.Esok kena submit. Penat.Letih…Semua ada.
Di sini aku nak mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang telah wish birthday kat aku. Terima kasih banyak2!!!!
Kepada kedua ibu bapa aku,Pn. Siti Jah Haji Dagang dan En. Md. Johari Haji Ali, terima kasih kerana telah melahirkan Ain dan menjaga Ain dengan penuh kasih sayang.
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
August 1st, 2005 by ainjoe
Dah lama aku tak tulis dalam blog ni.2 minggu kot.Banyak benda kena buat.Nak tulis pun tak tau nak cakap apa.
Erm…sepanjang aku tak tulis blog ni, banyak perkara yang dah berlaku. Team Debat Alam Sekitar UIAM menjadi juara mengalahkan UPSI…alhamdulillah.Walaupun aku tak pergi sana (UTM,Skudai), tapi aku tahu mereka memang deserve to win. Berdasarkan semangat dan kesungguhan mereka tak lupa doa2 yang tidak putus dari ahli-ahli kelab. KDBM pula telah menang 2 awards pada malam Student Award. Memang bangga tapi takdelah sampai lupa diri…hehehe! So, skang ni kitorang tgh gigih buat working paper..biar pressure habis org CCAC!!!!! Hahaha!!!!
Last week aku ada ’suprise test’ utk subjek physiology. Test tu 5 minit je. Kitorang kena lukis neuron dan labelkan bahagian2 neuron. Nasib baik malam sblm tu aku dah belek2 skit2 kitab physio tu. Weekend baru ni plak aku ngan Syatir pergi melawat adik aku kat Maktab Teknik Bandar Tun Razak. Dah lama tak jumpa dia. Makin gelap.Taki kisah sangatla..orang laki.Tapi sedihla plak bila nak berpisah ngan dia. Ntah bila plak boleh jumpe dia. Raya plak kot.
Hari Sabtu plak aku kuar pegi Mid Valley ngan Effa. Dia nak beli present utk besday ‘abang’ dia. Pegi kejap je sebab esoknya aku ada test Physio dan lusanya ada test SOCA plak. Tak habis lagi baca. Memang tension..tapi nak buat mcmmana student katakan.Memang itu tuntutan alam..chewah! Malam ni ada selection debat plak. Ada tiga tournament..Debat Kemerdekaan, Debat LLM dan Pidato (tak tahu plak pidato apa…).Tapi buat kali keduanya aku tak dapat menghadirkan diri ke selection tersebut. Memang sedih.Tapi nak buat macam mana..aku aada test esok. Takut gak tak leh jawab esoknya.
Erm..dah banyak jugak aku tulis ni.Nak balik bilik. Baca buku dan berdoa agar aku boleh jawab esok. InsyaAllah………
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 17th, 2005 by ainjoe
Semalam merupakan hari bersejarah dalam hidup aku selama hampir 21 tahun aku hidup di atas muka bumi Allah ni. Selama ini tidak pernah aku lafazkan kata sayang pada ibu aku.Tapi semalam aku telah berjaya mengungkapkan kata keramat tersebut pada insan yang paling aku sayang dan sanjung. Selama ini kita asyik (mungkin aku kot..) mengatakan sayang atau melafazkan kata2 sayang pada orang lain. Orang yg tak mungkin dapat menjanjikan kebahagian kepada kita. Orang yg mungkin barangkali tidak terlalu menyayangi kita. Orang yg mungkin mengharapkan balasan drpd kata2 sayang kita. Tapi semalam aku menyedari satu perkara. Yang selama ini aku ignore dan tidak pernah cuba utk fikir. Salahkah kita mengungkapkan kata sayang kepada ibu kita? Ibu kita yg tidak pernah jemu2 memberi kasih sayang kepada kita tanpa dipinta. Ibu yg menyayangi kita sepenuh hati. Yang sanggup berkorban dan bergolok-gadai demi kita. Ibu yg tidak pernah mengharapkan balasan dari anaknya melainkan kita berjaya dan bahagia. Tapi aku sendiri terlupa malah mungkin malu utk mengucapkan kata sayang pada ibu aku. Tapi semalam aku telah memecah tradisi hidup aku. Dengan linangan air mata aku melafazkan ucapan sayang kepada ibu aku. Air mata yg tidak pernah diundang.Aku sedih dan takut jika aku tidak mengucapkan kata2 tersebut pada waktu itu, mungkin aku tidak berkesempatan lagi. Ajal maut di tangan Allah….
” Ma, ain sayangkan ma…”
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 17th, 2005 by ainjoe
Weekend baru2 ni aku berkesempatan menghabiskan waktu bersama Kak Ana dan keluarga En. Khair. Aku tido kat sana.Dah lama tak pegi sana.Rindu plak pada masakan Kak Mai dan Kak Ana (best ‘rambutan’ yg kak ana masak..hehehe!).Alang2 pegi sana.terus tgk AF. Aku ni tak pernah tgk AF live. So, that day boleh le aku tgk.
Aku amat kagum dgn keluarga ni.Walaupun aku bukan ada apa2 pertalian darah dgn mereka, tapi mereka treat aku mcm family diorang. Bukan aku sorang je, tapi sume budak2 debat mereka layan mcm family. Cakap je nak makan apa. Kak Mai mesti masakkan. Nak tambah berapa pinggan…suka hati korangla. Aku dpt merasai kasih sayang mereka. Hubungan kekeluargaan dan kasih sayang suami isteri yg terjalin dlm keluarga ini memang patut dicontohi. Aku berharap aku dapat berkongsi kasih sayang bersama2 keluarga ini sampai bila2.
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 14th, 2005 by ainjoe
Minggu ni memang suck bagi aku. Dahla penat sbb kelas tak henti2 dgn assignment berlambak..paling sedih apabila tiba2 aku ditipu dgn jayanya oleh sahabatku. Ceritanya bermula apabila sahabat aku ni mengaku yg dia ni telah declare dgn sorang mamat lecturer.Lecturer engine lagi. Aku memangla happy tahap extreme.Yelah..sahabat aku ni dahla cam anti skit bab2 cinta ni tiba2 dah declare. Memang terkejut beruk aku. Tapi aku bengang la sebab aku org yg kira agak last yg tahu dia ni dah declare sbb beberapa sahabat aku yg lain dah tahu. Siap dah jumpe mamat tu lagi! Maka bermulalah siri2 kisah cinta antara sahabat aku dgn pakwe dia ni. Mengikut cerita sahabat aku ni pakwe dia seorang lecturer, muka ada iras2 cam dia (kira memang jodohla),baik tahap cipan (siap tolong bayarkan barang yg dibeli),pastu memang sayang gile kat sahabat aku ni! Aku pun apalagi..dgn tahap kekudusan aku ni memang percaya giler la kat dia.Siap bagi tip2 bercinta lagi! Memang kuduskan!!!!
Peristiwa ni berlarutan selama 3 hari. Sehinggalah pada suatu malam,sahabat aku ni bertandang ke bilik aku dgn sorang lagi sahabat aku. Kitorang pun berborakla pasal pakwe dia ni. Kebetulan dia cakap yg dia ni baru balik dari keluar ngan pakwe dia. Aku pun percayalah. Yelah..aku ni kan memang cepat skit percaya apatahlagi dgn sahabat sendiri. Pelbagai soalan yg aku tanya sampai sahabat aku ni dah tak larat nak jawab. Sehinggalah pada satu tahap sahabat aku ni dah give up. Aku pun pelik. Rupa2 nya selama ni aku telah ditipu hidup2 oleh sahabat aku n the geng!!!!! Pakwe dia yg selama ni dia cerita kat aku rupanya merupakan watak sorang hero dalam satu novel…Suara Hati. Nama watak tu Amirul Naim. Siap sama dgn nama yg dia reka sebagai nama pakwe dia. Memang %^#$@!!!!!!!
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
July 13th, 2005 by ainjoe
Pagi tadi aku bangun awal gak.Siap blh breakfast lagi tu…tapi breakfast dlm bilik je lah.Malam tadi Adira tido bilik aku.Kitorang study.Tapi study subjek masing2 la.Mcm nak exam plak.Petang tu aku pegi IBM ngan abg Aiz,Kak Aliza dan Adira tgk debat.Alhamdulillah kitorang menang.
Actually aku tgh tunggu kelas ni. Lecturer tak dtg lagi.So, serve internet la kejap.Kelas plak kat lab hari ni.
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 12th, 2005 by ainjoe
Minggu ni memang penat gile. Aku menerima begitu ramai tetamu kat bilik aku.Hari Isnin baru ni Adira tido bilik aku.Malam berikutnya Kak Akin plak tido bilik aku dan malam tadi Adira buat kali keduanya tido bilik aku.Reasonnya sebab dia kelas kul 8am dan dia takde jam loceng…aku kena kejut dia lah maknanya tu. Last2 aku yang terlambat pegi kelas.Nasib baik kelas takde tapi kena buat research skit pasal brain damage. Nantilah…malam karangla buat. Petang ni ingat nak pegi tgk sahabat2 ku berjuang kat IIBM (Debat Kepenggunaan). Semoga kejayaan menyebelahi mereka.InsyaAllah.
Semalam memang merupakan hari yg amat penat bagi aku dan geng2 psyc aku. Bayangkan kelas start kul 10am sampai kul 1pm.Pastu sambung plak kul 2-5pm! Memang penat dan yang paling penting…lapar gile! Dahla lecturer sume punctual.So, student pun kena punctual jugalah.
Sem ni banyak keje kena buat. Assignment dan assesment mmg tgh duk beratur! Sabar ek…
Posted in Uncategorized | No Comments »
July 12th, 2005 by ainjoe
Hah…semalam dah start kelas. Penat tul. Ingat lecturer tak la masuk kelas awal2 ni. Erm..bersemangat plak diorang sem ni. Nampaknya aku pun kenalah semangat gak.
Sem ni aku nak berubah skit. Siap ada azam baru tuh! Harap2 bukan hangat2 taik ayam. Aku tak nak main2 dah. Nak lebih serious dan tegas. So people will not take advantage on me. Tapi apa yang paling penting, aku akan menghargai setiap insan yang ada di sekeliling aku. I love u all so much!!!!!
Love your friends.
Posted in Uncategorized | 1 Comment »